Wednesday, February 25, 2009

Home-Based Learning

Hari ini ialah Home-based learning, iaitu kami harus belajar di rumah, dengan menggunakan komputer. Untuk pelajaran Bahasa Melayu, Cikgu Marliza telah menyuruh kami (pelajar bahasa melayu, IP1 dan IP2) untuk berbahas di MSN. :D

Untuk bahas ini, terdapat 2 kumpulan, kumpulan lelaki (Saya, Abdul Rahman, Rishvinder) dan kumpulan perempuan (Syifa, A'ishah).

Mauduk(Tajuk perbahasan): "Pelajar perlu tuisyen dan program pembelajaran di luar sekolah untuk berjaya"
Pencadang: Kumpulan lelaki
Pembangkang: Kumpulan perempuan

Abdul Rahman:
Pihak saya setuju bahawa pelajar perlu tuisyen dan program pembelajaran di luar sekolah untuk berjaya.
Ini adalah kerana ia dapat berikan sokongan terutama sekali bagi mereka yang datang dari keluarga bermasalah
Sebagai contoh, para pelajar daripada keluarga yang cerai-berai sentiasa tidak dapat memberikan keputusan yang terbaik dan ini amat ketara terutama sekali di kalangan masyarakat kita
Sebagai contoh, para pelajar daripada keluarga yang cerai-berai sentiasa tidak dapat memberikan keputusan yang terbaik.
Ibubapa menjadi sumber dorongan dan inspirasi bagi kanak-kanak dan jikalau mereka gagal, mereka seolah-olahnya tidak ada pemimpin, bagai anak ayam kehilangan ibunya
Program-program seperti ini dapat mengajar para pelajar cara-cara untuk mengatasi masalah itu dan mendorong diri mereka tanpa sokongan ibu bapa

Wah, Panjangnya point pertama itu! Hehe...Kumpulan perempuan pula bercakap,

Syifa :
Tuisyen dan program-program lain hanya dapat mengajar pelajar tentang teknik yang digunakan. jikalau seseorang itu tidak ada motivasi,Mengambil khidmat tuisyen pun tidak berguna.
[a'ishah]:
Ia terpulang pada sikap seseorang pelajar untuk belajar bersungguh2 untuk berjaya dalam pelajarannya
jikalau seseorang itu bersikap tidak peduli/kisah tentang pelajarannya, dia tidak akan beras keperluan untuk mempedulikan apa yang diajar oleh guru apabila di tuisyen.
Ia tidak akan membawa manfaat yang di kehendakkan

Ya, bahas itu terhenti di situ kerana masa telah tamat... (o.O)
Bahas menggunakan MSN sangat menarik!